Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Tony Pua diganggu samseng amatur didalam Twitter.

$
0
0

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menafikan dakwaan mengenai satu tweet 'rasis' atas namanya yang tersebar di WhatsApp dengan mengatakan ia satu fitnah yang dilakukan oleh sekumpulan samseng amatur.

Pua berkata, tweet tersebut merupakan tweet palsu dan dipercayai dilakukan oleh sekumpulan samseng amatur yang mahu memburukkan imejnya bagi dan mahu membakar sentimen perkauman.

Jelas Pua, tweet terbabit jelas palsu dan dilakukan oleh samseng amatur apabila pembuat tweet terbabit salah mengeja perkataan 'threaten' kerana perkataan tersebut seharusnya dieja 'threatenaed.

Selain itu, imej 'time stamps' juga tidak diletakkan oleh pembuat tweet terbabit.

Tambah Pua, tweet terbabit memang jelas palsu kerana beliau tidak pernah sama sekali menggunakan perkataan 'pariah' yang akan menaikkan amarah kaum India untuk menggambarkan sesiapa pun.

"Saya tahu siapa mereka dan menyebarkan diatas untuk memfitnah saya.

"Imej satu tweet rasis palsu yang kononnya dibuat oleh saya yang beredar secara meluas melalui WhatsApp adalah kerja amatur samseng," kata Naib Presiden PKR itu.

Pua berkata, walaupun beliau difitnah sebagai seorang yang mencetuskan sentiman perkauman ini, perkara tersebut tidak menghalang dirinya untuk menjalankan tugas kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Bagaimanapun, ia tidak akan dalam apa jua cara pun menghalang saya daripada menjalankan tugas saya untuk berkhidmat kepada pengundi saya dan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan tanpa rasa takut atau pilih kasih,"katanya.- Utaranews.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004