Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Jabatan Alam Sekitar nafi wujud Jerebu Kuning

$
0
0

Sejak semalam.. Heboh di media sosial kononnya jerebu teruk yang melanda negara ini hingga menyebabkan terjadinya satu fenomena baru yang dipanggil ‘Jerebu Kuning’. Adakah benar wujud istilah jerebu kuning ni… Atau itu hanya satu nama yang diberi sendiri oleh para pengguna laman sosial terbabit?

Hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa wujudnya satu fenomena ‘Jerebu Kuning’ yang sejak semalam menjadi ancaman kepada rakyat. Rakyat agak bimbang dengan khabar angin tersebut yang menyatakan bahawa jerebu kuning ini sebenarnya terkandung satu racun yang membahayakan.

Dalam pemantauan JAS mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida berada di paras yang rendah, oleh itu fenomena jerebu kuning seperti yang didakwa tidak mungkin berlaku. Bahkan tidak pernah wujud fenomena seperti itu.

"Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).

"Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning," menurut JAS.

Kenyataan ini sekligus mematikan dakwaan kononnya terdapat fenomena jerebu kuning yang beracun itu. Ntah la siapa yang pandai-pandai cakap itu fenomena jerebu kuning, siap kata kononnya terkandung racun dan bahan kimia yang merbahaya lagi. Cuak habis orang lain. Haha!

Namun begitu, kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk memakai topeng penutup hidung bagi mengelakkan dari terdedah kepada udara tidak sihat ini.-TiraGomez/UtaraNews.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004