Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Cikgu di Johor Pulas Telinga Murid Sehingga Terkoyak.

$
0
0

Satu gambar yang dimuatnaik oleh seorang ayah di laman sosial baru-baru ni untuk membuktikkan keganasan seorang cikgu bertindak pulas telinga anak perempuan dia sampai berdarah.

Dia meluahkan pendirian tegas dan mohon penjelasan dari pihak sekolah menyebabkan anak dia cedera cenggitu sekali. Ni teguran dari bapak budak tu kat pihak sekolah di laman Facebook..

‘Ini apa punya pendidikan? Betul ke nak saya terus pergi mencari Kementerian Pendidikan untuk bertanya?’

Kuku cikgu tu panjang kot sebab tu sampai berdarah telinga budak tu dikerjakan! Ayah budak perempuan malang tu dikenali Dato Sri Darussalam. Anak Dato rupanya..

Dikatakan anak perempuan dia bersekolah di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsan Cina di Kawasan Timur Utara, Johor Bahru. Telinga anak dia dipulas oleh seorang cikgu tu sampaikan bahagian belakang telinga luka nampak tulang telinga dan berdarah.

Dilaporkan, mak bapak budak tu pi ke sekolah bersemuka dengan guru besar dan mensyuarat hampir satu jam tu bahas pasal anak dia. Tapi diorang enggan dedahkan perbincangan diorang kepada media.

Maybe anak dia ada buat kesalahan yang mendatangkan kemarahan cikgu tu kan, disebabkan hilang pertimbangan terus dipulas telinga. Walau macam mana pun mak bapak mesti tak puas hati kan kalau anak diorang balik sekolah dengan berdarah bagai cenggitu.

Mesti diorang nak penjelasan dari pihak sekolah kenapa buat anak diorang cenggitu sekali kan. Cikgu-cikgu pun kalau nak menghukum tu tak salah tapi berpada-pada la, ni sampai berdarah bagai memang salah la..

Selepas perjumpaan tu, difahamkan cikgu tu diberhentikan sementara waktu. Sementara tu pihak sekolah akan buat siasatan. MissHana/Utaranews.com.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004