PKR dalam satu kenyataan menyokong pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan diteruskan bagi membantu golongan miskin di negara ini.
Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, partinya menyokong pemberian BR1M diteruskan bagi membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.
Katanya, skim BR1M yang dilaksanakan kerajaan itu mempunyai kebaikan kepada rakyat khususnya rakyat golongan bawahan.
Tambah Wan Azizah, jika pemberian ini tidak diteruskan atau dibatalkan secara mengejut, pasti akan membawa mudarat kepada negara.
"Kami sedar bahawa model BR1M sekarang adalah tertakluk kepada unsur-unsur politik dan rasuah. Maka sistem yang lebih telus, cekap dan bersyarat adalah diperlukan," kata Wan Azizah.
Dalam masa sama, Wan Azizah mahu pemberian ini ditambah baik dengan memperkenalkan beberapa bentuk bayaran kepada penerimanya.
Wan Azizah berkata, kerajaan harus mengetatkan pemberian bayaran kepada penerima dengan memastikan penerima yang sudah mempunyai anak perlu memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah.
Jelas Wan Azizah, ini bertujuan membantu ibubapa agar mendisplin anak mereka untuk ke sekolah sekaligus mengurangkan kadar keciciran dalam pelajaran bagi keluarga berpendapatan rendah.
"Setiap bentuk bayaran ini adalah bersyarat iaitu kehadiran ke sekolah mestilah sebanyak 90 peratus. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar keciciran daripada sekolah terutamanya daripada keluar berpendapatan rendah untuk memastikan mobaliti sosial dan pada sama sama meningkatkan pendapatan isi rumah,"katanya.
PKR dan parti sekutunya sebelum ini membantah cadangan kerajaan melaksanakan skim BR1M, bagaimanapun PKR pada hari ini menyokong kembali pelaksanaan skim tersebut dan mahu skim terbabit ditambah baik.- Utaranews.com