Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Sultan Pun Tak Suka Pada Mahathir.. - Nazri Aziz

$
0
0

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritk Perdana Menteri membuatkan orang ramai berang dengannya.

Nazri berkata, Mahathir bukanlah seorang yang perlu disanjungi apabila tindakannya untuk menjadi hero kepada rakyat susulan sering mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Nazri, Mahathir pada ketika pemerintahannya telah membuatkan ramai orang membencinya termasuk Sultan apabila telah mengurangkan kuasa imuniti yang dimiliki Sultan.

Malah, pada hari ini, Mahathir cuba menjadi hero dimata rakyat dengan menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu berhubung siasatan ke atas syarikat 1MDB, walhal sebelum ini Mahathir sendiri telah menyekat kuasa raja-raja di negara ini.

"Mahathir yang melakukannya. Tidak perlu bagi saya mengulas. Dialah mengurangkan imuniti meraka (Sultan). Ramai Sultan berang dengannya," kata Nazri.

Justeru itu, Nazri menggesa orang ramai agar mengabaikan isu yang dibangkitkan oleh Mahathir kerana jelas isu dibangkitkan itu tidak benar dan membuang masa orang ramaiyang mengambil berat mengenai isu yang dibangkitkan itu.

"Lebih baik kita abaikan orang ini (Mahathir). Mahathir tidak mempunyai prinsip," katanya.

Mahathir sebelum ini menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu supaya siasatan ke atas 1MDB diteruskan segera, walhal ketika Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun, Mahathir sendiri yang melucutkan kuasa mereka.

Mahathir membuat pusingan U dengan menyokong titah Majlis Raja-raja yang dikeluarkan bagi memastikan politik peribadinya terus dicapai.- Utaranews.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004