Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Semua Masjid diminta mengadakan Solat Hajat untuk pulihkan Jerebu.

$
0
0

Keadaan jerebu di kebanyakan negeri di Malaysia menimbulkan kerisauan kerana telah sampai ke tahap membimbangkan. Sebagai usaha untuk pulihkan kualiti udara ni, Jabatan Kemajuan Islam Malysia (JAKIM) mengarahkan semua masjid ni seluruh negara buat solat hajat selepas solat Jumaat nanti.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha meminta kerjasama pihak majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri buat solat hajat di diseluruh masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Usaha dok memadam api yang terbakar tu dah diusahakan, selebihnya berdoa la sama-sama supaya kualiti udara ni pulih kan.

Nak buat aktiviti or nak keluar rumah pun dah tak selesa sekarang ni... Lebih-lebih lagi senang pula nak dapat penyakit dengan keadaan udara yang teruk.. Sesak nafas, sakit mata la dan macam-macam la penyakit boleh dapat. So, harap-harap jerebu ni reda la tak lama lagi ye tak..

Jerebu teruk kini mula berpindah kesebelah utara tanah air sejak semalam dan setakat jam 2 petang tadi Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan utara menunjukkanparas sangat tidak sihat. Bacaan IPU dikawasan terbabit juga terus meningkat sejak dari pagi tadi.

Menerusi portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan yang menduduki IPU di tahap sangat tidak sihat adalah di Kangar, Perlis (255), Langkawi (253), Alor Setar, Kedah (250),Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang (238) Bakar Arang, Sungai Petani (268) dan bacaan IPU paling tinggi di Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang iaitu 275.

Sementara itu, di kawasan-kawasan semenanjung Malaysia yang lain juga mencatatkan peningkatan bacaan IPU dari sederhana kepada tidak sihat seperti di Tanah Merah, Kelantan (123), Bukit Rambai, Melaka (102), Balok Baru, Kuantan di Pahang (110), Jalan Tasek (158), Sekolah Kebangsaan Pegoh (176), Seri Manjung (175) di Perak, Perai, Pulau Pinang (196) dan Tawau, Sabah (109).

Namun begitu, dua kawasan di Bandaraya Melaka dan Sibu, Sarawak telah menunjukkan perubahan yang baik tengah hari tadi berbanding pagi sebelumnya, dimana bacaan IPU telah mencatatkan berada ditahap yang sederhana berbanding sebelum ini yang berada di tahap tidak sihat.

Setakat ini, hanya di kawasan Labuan sahaja yang merekodkan bacaan IPU baik dengan bacaan 46. Manakala bacaan IPU di kawasan-kawasan yang lain menunjukkan bacaan IPU tidak sihat. - Utaranews.com.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004