Dibawah pimpinan YAB DS Mukhriz Mahathir yang telah berjanji selepas PRU 13 yang lalu semasa baru beliau di lantik sebagai MB Kedah ialah antara nya akan tidak meluluskan sebarang projek pembalakan di negeri Kedah.
Ini kerana Kedah telah mengalami banjir yang amat dasat pada zaman pemerintahan Pas sebelum ini kerana banyak kawasan tadahan air yang dahulunya mampu menampung curahan air hujan yang banyak bertujuan untuk mengelakkan kejadian banjir besar namun semua sudah musnah oleh kerana kerja pembalakan.
Namun pada tahun ini DS Mukhriz telah mungkir janji dan menjadi penipu apabila meluluskan projek pembalakan di kawasan yang telah diwartakan sebelum ini sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal di Wang Perah, Changlun. Keluasan kawasan ini dilaporkan melebihi 4,200 ekar.
Dahulu Umno BN Kedah selalu mengkritik kerajaan Pas Kedah kerana meluluskan banyak projek pembalakan di negeri Kedah sehingga menyebabkan banjir besar dan kerosakkan dan mencemarkan Alam Sekitar yang amat teruk,namun sekarang ini MB Kedah Mukhriz Mahathir pula menjadi lebih teruk daripada Kerajaan Pas dahulu.
Amanah yang rakyat beri kepada Umno BN untuk memerintah telah dihancurkan lebur oleh MB Mukhriz Mahathir.
Ini bukan lah kesalahan Umno Kedah atau Kerajaan Persekutuan tetapi ini kesalahan MB Kedah sendiri kerana ianya kuasa kerajaan negeri untuk meluluskannya yang di pimpin oleh Mukhriz Mahathir.
Apa yang sudah berlaku kepada janji Mukhriz Mahathir untuk memastikan tiada projek pembalakan akan diluluskan selagi beliau MB Kedah?
Disini jelas pemimpin seperti Mukhriz Mahathir ini boleh menjahanamkan Umno BN di Kedah kerana kerakusan nafsunya.
Mohon dan berharap pihak #SPRM memantau dan buat siasatan kerana mungkin ada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa oleh Mukhriz Mahathir dan sesiapa sahaja.
Respek Adun-Adun Kedah dari berlainan parti namun bersatu hati mempertahankan Hutan Simpan Kekal yang menjadi kawasan tadahan air di negeri Kedah terus dinodai oleh pembalakan yang akhirnya akan melibatkan banjir besar nanti yang sudah tentu akan menyusah rakyat-rakyat kedah.
Jangan pukul serata rata ya Mukhriz.
Wallahuallam, selamatkan Kedah.
SYED ROSLI JAMALULLAIL