Gara-gara tak tahan dengan keadaan jerebu yang tak menentukan sampaikan kualiti udara pun terjejas teruk sekaligus bagi kesan macam-macam penyakit, seorang ahli perniagaan berasal dari Sungai Petani, Kedah bertindak buat report polis dan fail saman kerajaan Indonesia.
Saman yang difailkan tu dikatakan mencecah jutaan iaitu AS$100 juta ((RM428.8 juta) kerana menyebabkan jerebu melanda di Malaysia. Ahli perniagaan tu dikenali M Gunasekaran, 52 buat report di Balai Poilis Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dikatakan dia kecewa dengan kerajaan Indonesia menangani kebakaran kat sana sampai menjejas kualiti udara di Malaysia dan menjejaskan aktiviti di luar rumah pun turut terjejas.
Menurut M Gunasekaran, kalau dia menang kes tu, dia akan menggunakan duit tu untuk didermakan kepada sekolah-sekolah dan badan kebajikan yang memerlukan.
"Saya serius mengenai laporan yang dibuat kerana jerebu menjejaskan kesihatan anak-anak saya begitu juga orang lain.
"Saya merancang untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mahu menuntut AS$100 juta (RM429 juta) dari kerajaan Indonesia," kata M Gunasekaran.
Kes saman yang difailkan oleh M Gunasekaran ni dah menjadi viral di laman sosial, apa-apa pun tunggu dan lihat kesudahan kes ni nanti macam mana ye.. MissHana/Utaranews.com.