Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Kit Siang terima hukuman dari Wakil PAS di Parlimen.

$
0
0

Hukuman gantung 6 bulan yang diterima oleh Ahli Parlimen Lim Kit Siang dikatakan turut disokong oleh Ahli Parlimen Pas yang hadir pada sesi sidang Dewan Rakyat.

Usul gantung terhadap Kit Siang tersebut adalah ekoran dari perbuatannya menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Usul berkenaan dikatakan turut diundi setuju oleh Ahli Parlimen Pas apabila jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir ketika usul dibahaskan berjumlah 97 orang berbanding jumlah undi setuju 107 berbalas 77 undi tidak bersetuju.

Dengan jumlah yang dinyatakan itu, jelas terdapat 10 pemimpin parti pembangkang menyokong usul undi Kit Siang digantung dan tidak menolak kemungkinan pemimpin Pas yang undi menyokong usul berkenaan.

Tidak wajar untuk dikatakan ada pemimpin PKR mahupun Amanah yang undi menyokong usul tersebut kerana mereka merupakan rakan sekutu yang telah membentuk penubuhan Pakatan Harapan. Pasti mereka akan menyokong 100 peratus rakan sekutu mereka.

Oleh itu, yang mengundi menyokong usul Kit Siang digantung itu berkemungkinan besar adalah dari pemimpin Pas yang telah menganggap DAP sebagai musuh utama mereka selepas hubungan antara kedua-dua parti itu diputuskan.

Seandainya ia benar berlaku, keputusan yang dilakukan pemimpin Pas itu harus diberi pujian kerana mereka berani berada di pihak yang benar. Ini ekoran kesalahan yang jelas menghina Speaker oleh Kit Siang dan keputusan enggan memohon maaf yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Apakah tindakan PAS ini menunjukkan signal jelas terhadap kerjasama dua parti melayu terbesar PAS dan Umno di Parlimen? Majoriti umat melayu didalam negara sudah pastinya tidak sabar untuk melihat perkembangan seterusnya jika ini benar berlaku. - Utaranews.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004