Ahli-ahli parlimen pembangkang bagaikan badut sarkas semasa menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat. Perangai badut sarkas itu kelihatan jelas selepas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Beget 2016 yang berlangsung di Dewan Rakyat terbabit.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak jelas mengutuk perbuatan ahli-ahli parlimen pembangkang yang membawa sepanduk kononnya bagi menunjukan protes mereka terhadap isu wang derma berjumlah RM2.6 bilion itu.
Mereka terus menaikkan sepanduk yang tertulis ‘Mana RM2.6 Bilion?’ selepas Najib selesai membentangkan Baget 2016.
Ntah penjelasan apa lagi yang dorang mahu dengar berkenaan isu wang derma tersebut. Sudah berpuluh-puluh kali dijelaskan tapi masih lagi tak faham Bahasa.
"Tindakan ahli parlimen pembangkang itu seperti budak-budak yang tidak matang," katanya.
Perangai tidak matang ahli parlimen pembangkang ni bukan sahaja memalukan malah menjatuhkan maruah Najib. Tindakan kebudak-budakkan itu juga menunjukkan bahawa mereka langsung tidak menghormati Dewan Rakyat.
"Kita bukan sahaja mesti mematuhi kod pakaian di Parlimen tetapi menjaga etika berkelakuan juga. Jangan jadikan Parlimen sebagai sarkas," katanya lagi.
Memang tiada halang untuk bersuara dan speaker juga tidak pernah menghalang untuk mengajukan pendapat atau pertanyaan dan mahu pun kritikan. Namun setiap yang diajukan haruslah mempunyai etika dan cara yang betul. Bukannya secara membabi buta sahaja.-TiraGomez/UtaraNews.com