Korang tengok gambar di atas tu, gambar kedua-duanya tu adalah orang yang sama!! Dulunya dia seorang lelaki yang gagah perkasa mempertahankan negara tapi sekarang menjadi seorang perempuan yang lemah lembut.
Perubahan yang begitu ketara sekali, daripada berjanggut lebat berubah jadi runcing licin aje kulit tu. Lelaki yang menukar jantina ni dikenali Sona Avedian, 33, masa jadi lelaki dikenali Mattew yang kini menetap di Austin Texas.
Sona ni sebenarnya dulu dia seorang tentera marin Amerika Syarikat dan pernah dihantar bertugas ke tempat yang mencabar dan bahaya di Iraq dan Afghanistan. Dia pun dah pernah kawen sebelum ni dan ada seorang anak perempuan pulak tu sebelum tukar jantina pada tahun 2012.
Masa dia pasang azam nak berubah tu tak ada sapa yang tau termasuk bini dia, suatu hari tu dia bertindak bagitau gak kat family, kawan-kawan dan bini. Terkejut dengan perubahan tu, dia dan bini dia akhirnya bercerai.
Walaupun bekas bini dia still tak dapat terima dengan perubahan dia tapi perhubungan antara dia dan anak dia yang berusia lima tahun still rapat.
“Anak perempuan saya sangat menakjubkan. Dia hanya ingat saya sebagai wanita dan saya suka cara kami berinteraksi,” kata Sona.
Entah apa yang difikirkan orang jenis macam ni, senang-senang aje menukar jantina. Nak buat pembedahan tu bukan sekali dua aje nak jadi betul-betul macam perempuan, mesti lebih dari dua kali la nak jadi bentuk sempurna cenggitu. Uhhh.. Tak paham betul! MissHana/Utaranews.com.