Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negeri Perlis, Kangar dijadikan umpama pusat akuatik pakai buang oleh kerajaan negeri Perlis. Ini kerana selepas tidak sampai setahun penggunaannya, pusat akuatik yang terletak di Kangar itu dibiarkan tidak berpenghuni.
Kalau dahulu kolam renang itu nampak macam kolam ikan tapi sekarang sudah makin advance! Gomez rasa kolam renang itu kini menjadi pusat penternakan hantu air yang berjaya, hahaa! Korang tengok jela dengan air kolam yang sudah bertukar menjadi hijau!
Sudah la pihak kerajaan melaburkan puluhan juta ringgit semata-mata untuk memberi aura sukan kepada negeri itu, tapi dorang ni tak tahu nak hargai! Tak tahu nak jaga pemberian kerajaan! Amboiii kaya sungguh orang Perlis ni noh guna pusat akuatik ni semata-mata untuk Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-17 yang diadakan pada Mei tahun lalu je. Lepas tu buang terus, hebat sangat!
Sudah la pernah kontroversi pembinaan pusat akuatik ini tidak sempat disiapkan untuk kegunaan Sukma, hingga memaksa pertandingan bagi suka akuatik ditunda. Lepas pada tu dibiarkan kesunyian pulak tanpa penyelarasan. Tersangat memalukan!
Gomez rasa kalau geng paranormal nak cari hantu, dorang memang sesuai sangat datang sini haha! Ntah berapa ekor hantu air yang dorang boleh tangkap! Hahaaaa…
Pihak bertanggungjawab negeri Perlis tengah buat apa ekkk?? Agaknya dorang sekarang ni tengah lentok dibuai mimpi indah lagi kot! Atau tengah bersuka ria dan sibuk untuk isi perut besar masing-masing, sampai malas untuk fikirkan masalah pusat akuatik yang sudah lama menjadi tanda tanya ni.
Kalau Gomez la jadi orang Perlis, sumpah malu kalau orang tanya kenapa pusat akuatik di Kangar dibiarkan menjadi tempat pesta bagi hantu-hantu berkampung. Eiii mana nak letak muka weii! Pihak bertanggungjawab takde rasa malu ke??
Bangun la dari mimpi indah korang tu dan buat sesuatu untuk membangunkan kembali pusat akuatik yang serupa kolam hantu air ni. Buat penyelarasan dan penambah baikkan lepas tu buka untuk orang ramai macam pusat akuatik di Alor Setar tu. Setidaknya ada juga faedah untuk orang Perlis.-TiraGomez/UtaraNews.com