Quantcast
Channel: UtaraNews
Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004

Mahathir akhirnya mengaku peluang tipis untuk singkirkan Najib.

$
0
0

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara mengakui peluang untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin tertutup.

Menurut Mahathir, beliau tidak dapat lagi membantu untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya memandangkan pemimpin serta ahli Umno masih kuat menyokong belakang Presiden Umno itu.

Tambah Mahathir, oleh demikian Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU14.

"Nampaknya, Datuk Seri Najib mungkin kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal ini. Umno menerima beliau kerana selasa dengan beliau, saya rasa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri," kata Mahathir yang diwawancara oleh Reuters menerusi telefon di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Pemimpin Umno yang sentiasa memberi sokongan kuat kepada Najib untuk menerajui pentadbiran negara dikritik oleh Mahathir dengan mengatakan pemimpin yang setia menyokong Najib ini hanya mementingkan jawatan berbanding masalah yang dihadapi negara.

Mahathir berkata, pemimpin Umno yang masih setia takut untuk bersuara dan menyebabkan Najib kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti sehingga PRU14.

"Mereka semua takut dan hanya pentingkan keselamatan diri sendiri. Mereka bukan memelihara kesejahteraan parti dan negara. Mereka hanya pentingkan diri sendiri," kata Mahathir yang diwawancara oleh Reuters menerusi telefon di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, beliau masih menaruh harapan untuk melihat anak buahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Najib.

Katanya, Muhyiddin mampu memimpin Malaysia jika Najib berundur kerana bekas timbalan perdana menteri merupakan orang yang patuh dan suka mendengar nasihat daripada pemimpin terdahulu.

"Muhyiddin masih mampu memimpin negara jika beliau menuruti nasihat yang baik daripada orang yang berpengalaman," katanya.

Dengan kenyataan Mahathir ini, jelas beliau telah mengalah dengan gerakan yang dilakukannya untuk menjatuhkan Najib yang masih mempunyai sokongan kuat untuk beliau meneruskan pentadbiran negara.

Menyentuh mengenai mengenai kedudukan yang dikatakan Mahathir itu, seorang ketua yang jelas mempunyai masalah dan menyalah gunakan kuasanya sudah pasti tidak akan disokong oleh mana-mana anak buahnya.

Dengan sokongan yang masih jitu dari pemimpin Umno terhadap Najib, jelas Najib merupakan pemimpin yang telah difitnah oleh bekas perdana menteri itu yang masih memperjuangkan politik peribadinya.

Walaupun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah sudah mengalah, pemimpin Umno serta ahli haruslah berhati-hati dengan kelicikan yang akan dimainkan oleh kerana 'penjahat' tidak akan duduk diam sehingga dirinya memperolehi sesuatu yang dikecapi.- Utaranews.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 6004